Olive Oil Lotion – Minyak zaitun adalah salah satu minyak sayuran tertua yang diperoleh daripada buah pokok zaitun atau nama saintifiknya Olea Europae L. Ia adalah pokok tradisional dari Lembah Mediterranean. Populariti minyak zaitun sering dikaitkan dengan aroma yang menyenangkan dan manfaat kesihatannya.
Kebaikan minyak zaitun extra virgin sebahagian besarnya disumbangkan oleh kandungan asid lemak tak tepu (MUFA) yang tinggi terutamanya asid oleik iaitu sehingga 80% daripada komposisi minyak zaitun extra virgin. Minyak zaitun juga mengandungi komponen fenolik dan komponen antioksidan lain yang turut menyumbang kepada kesihatan yang baik. Diperkaya dengan Vitamin E, losyen minyak zaitun ini penuh dengan antioksidan yang memberi manfaat kepada rambut dan kulit.
Manfaat:
Kulit
1) Membantu melembutkan kulit dan menjadikan kulit lebih sihat
2) Bertindak sebagai anti penuaan
3) Membantu melembutkan bibir yang merekah/rekahan
Rambut
1) Membantu rambut menjadi lebih lembut, berkilat dan anjal
2) Membantu menggalakkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan keguguran rambut
3) Membantu memulihkan, menguatkan dan menyegarkan rambut dan kulit kepala
Kuku
1) Membantu kuku menjadi lebih licin dan sihat
2) Membantu menguatkan kuku






















Reviews
There are no reviews yet.