Minyak Zaitun
Kebaikan minyak zaitun banyak disumbangkan oleh kandungan asid lemak tak tepu (MUFA) yang tinggi, terutamanya asid oleik iaitu sehingga 80% daripada jumlah komposisi minyak zaitun. Minyak zaitun juga mengandungi komponen fenolik dan komponen antioksidan lain yang turut menyumbang kepada kesihatan yang baik.
Manfaat:
1) Membantu menurunkan tekanan darah tinggi dan kolesterol
2) Membantu mengurangkan risiko diabetes
3) Membantu mengurangkan radang sakit sendi dengan membaiki tanda-tanda keradangan dan mengurangkan tekanan oksidatif
4) Membantu mengurangkan risiko osteoporosis
5) Membantu meningkatkan daya tumpuan dan ingatan
6) Membantu mengurangkan risiko strok.
7) Membantu mengurangkan risiko ulser dan kanser perut kerana sifat antibakterianya
8) Mengurangkan risiko simptom Alzheimer
9) Sifat antioksidan dan anti-radang minyak zaitun membantu melindungi dan mengurangkan risiko hati daripada tercedera akibat tekanan oksidatif
10) Membantu mengurangkan gejala asma dengan mengurangkan keradangan dan tekanan oksidatif pada saluran pernafasan



















Reviews
There are no reviews yet.