Al-qust juga dikenali sebagai perennial herb dan berasal dari Himalaya (pakistan dan india). Bahagian pokok yang biasa digunakan sebagai ubat ialah akar yang berwarna putih atau hitam. Al-qust al hindi (Saussurea costus / Saussurea lappa) mempunyai akar berwarna unggu kebiruan atau hampir hitam dan mempunyai rasa yang pahit dan seperti bau campuran kasturi dan bunga orris.
Al-qust banyak diaplikasikan di dalam pelbagai rawatan teraputik terutamanya di dalam sistem perubatan Siddha, Unani dan Ayurved. Sehingga kini, terdapat banyak S. Costus kompoun telah dikenal pasti termasuklah Sesquiterpene terpenes (ST), anthraquinones, alkaloids and flavanoids dan antara aktiviti biologinya adalah anti-radang, anti-oksidan dan antimikrob.
Manfaat :
1. Membantu mengurangkan masalah dalam sistem pernafasan terutamanya alahan seperti asma
2. Membantu menguatkan sistem imun badan
3. Membantu meningkatkan kuantiti sperma
4. Membantu mengurangkan kekejangan pada perut dan masalah sembelit
5. Membantu penurunan berat badan
6. Membantu melindungi sel Osteoblast untuk kesihatan tulang yang lebih baik




















Reviews
There are no reviews yet.